Monday, 2 March 2015

Perbezaan Antara Ikan Laga Jantan dan Betina

Perbezaan Antara Ikan Laga Jantan dan Betina



Assalamualaikum…..

Peminat-peminat tegar ikan laga di Malaysia semestinya ingin tahu bagaimanakah untuk kita membezakan antara ikan laga betina dan ikan laga jantan. Di sini ingin saya kongsi sedikit sebanyak maklumat bagi membezakan ikan laga betina dan ikan laga jantan.  



Saiz Badan

Secara normalnya, seekor ikan laga jantan memiliki saiz badan yang lebih besar berbanding ikan laga betina. Mungkin juga ada ikan betina yang mempunyai saiz yang besar namun sangat jarang ditemui.



Ekor

Ikan laga betina mempunyai saiz ekor yang kecil jika nak dibandingkan dengan ikan laga jantan. Jantan kebiasaannya mempunyai ekor yang 3-4 kali ganda dari ikan laga betina.


Ikan Laga Jantan


Ikan Laga Betina


Kantung Telur

Jika diteliti, anda akan lihat bintik putih di bawah perut ikan laga. Itu menandakan bahawa ikan itu adalah betina. Hanya ikan laga betina sahaja yang mempunyai bintik putih di bahagian bawah badannya.





Sarang Buih

Sarang buih hanya akan dibina oleh ikan laga jantan. Ikan laga betina tidak akan pernah sama sekali membina sarang buih.


Sunday, 1 March 2015



Jenis-jenis Ikan Laga / Betta

Assalamualaikum...

Hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit ilmu mengenai jenis-jenis ikan laga yang kini semakin menjadi kegilaan kepada para peminat ikan laga di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis ikan laga yang kini boleh didapati di kedai-kedai ikan hiasan di sekitar Malaysia. Antara jenis ikan laga yang semakin mendapat tempat di hati para peminat ikan laga di Malaysia adalah seperti berikut: 

Crowntail



Crowntail mempunyai bentuk ekor seakan-akan mahkota dan ikan ini sangat senang untuk dikenalpasti jenisnya.



Halfmoon


Halfmoon memiliki ekor yang besar yang berbentuk seperti separuh bulatan. 


Double Tail



Double tail mempunyai ekor yang terbelah dua. Ini akan menampakkan seolah-olah ikan laga ini mempunyai dua ekor. 


Long Tail


Ikan ini mempunyai ekor yang panjang dan jatuh ke bawah seperti di dalam gambar.


BIg Ear


Big ear mempunyai sirip yang lebih besar berbanding ikan laga biasa yang lain. 


Terdapat banyak lagi jenis-jenis ikan laga yang berada di pasaran, namun hari ini hanya ini yang mampu saya kongsikan bersama. 
Sekian...