Monday, 2 March 2015

Perbezaan Antara Ikan Laga Jantan dan Betina

Perbezaan Antara Ikan Laga Jantan dan Betina



Assalamualaikum…..

Peminat-peminat tegar ikan laga di Malaysia semestinya ingin tahu bagaimanakah untuk kita membezakan antara ikan laga betina dan ikan laga jantan. Di sini ingin saya kongsi sedikit sebanyak maklumat bagi membezakan ikan laga betina dan ikan laga jantan.  



Saiz Badan

Secara normalnya, seekor ikan laga jantan memiliki saiz badan yang lebih besar berbanding ikan laga betina. Mungkin juga ada ikan betina yang mempunyai saiz yang besar namun sangat jarang ditemui.



Ekor

Ikan laga betina mempunyai saiz ekor yang kecil jika nak dibandingkan dengan ikan laga jantan. Jantan kebiasaannya mempunyai ekor yang 3-4 kali ganda dari ikan laga betina.


Ikan Laga Jantan


Ikan Laga Betina


Kantung Telur

Jika diteliti, anda akan lihat bintik putih di bawah perut ikan laga. Itu menandakan bahawa ikan itu adalah betina. Hanya ikan laga betina sahaja yang mempunyai bintik putih di bahagian bawah badannya.





Sarang Buih

Sarang buih hanya akan dibina oleh ikan laga jantan. Ikan laga betina tidak akan pernah sama sekali membina sarang buih.


7 comments:

  1. Hi saya nak tanya, saya ada seekor ikan laga yg banyak sifat dia seperti jantan,contohnya, ekor aggressive seperti jantan, pandai membuat buih, tp dkt pusat ikan tersebut mempunyai egg spot..adakah tu jantan atau betina..tolong jelaskan sifu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ikan awak tu spesis kunsa,, šŸ¤£šŸ¤£šŸ¤£

      Delete
    2. Ikan laga betina kadang kala membuat buih apabila dia ready untuk breed, takde yang pelik rasanya

      Delete
  2. Ya saya punya ikan jantan pun ada titik putih d bawah perut

    ReplyDelete
  3. Ikan saya ada titik putih d bawah perut.. Esokan, tengok dh ada buih siap dgn telur lagi... Padahah ada Sekor je dlam bekas tu... Confused jap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan betina ni,, bila telur dah terlalu berat,, ikan betina akan mula buat buih sendiri dan lepaskan telurnya sendiri... Ikutkan telur tu tak boleh guna pon sebab takde senyawaan. Ikut apa yang saya faham la

      Delete