Perbezaan Antara Ikan Laga Jantan dan Betina
Assalamualaikum…..
Peminat-peminat
tegar ikan laga di Malaysia semestinya ingin tahu bagaimanakah untuk kita
membezakan antara ikan laga betina dan ikan laga jantan. Di sini ingin saya kongsi
sedikit sebanyak maklumat bagi membezakan ikan laga betina dan ikan laga
jantan.
Saiz Badan
Secara normalnya,
seekor ikan laga jantan memiliki saiz badan yang lebih besar berbanding ikan
laga betina. Mungkin juga ada ikan betina yang mempunyai saiz yang besar namun
sangat jarang ditemui.
Ekor
Ikan laga betina
mempunyai saiz ekor yang kecil jika nak dibandingkan dengan ikan laga jantan.
Jantan kebiasaannya mempunyai ekor yang 3-4 kali ganda dari ikan laga betina.
Ikan Laga Jantan
Ikan Laga Betina
Kantung Telur
Jika diteliti,
anda akan lihat bintik putih di bawah perut ikan laga. Itu menandakan bahawa
ikan itu adalah betina. Hanya ikan laga betina sahaja yang mempunyai bintik
putih di bahagian bawah badannya.
Sarang Buih
Sarang buih hanya
akan dibina oleh ikan laga jantan. Ikan laga betina tidak akan pernah sama
sekali membina sarang buih.